Tuesday, November 30, 2010

EMMMM...CAAAKK.








Istimewanya epal hijau


Istimewanya epal hijau


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal Hijau
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Masalah obesiti

Masalah obesiti
Secara teorinya, setiap 8,000 kalori yang terkumpul dalam badan iaitu tidak dibakar melalui proses senaman atau aktiviti fizikal yang lain, maka ia akan menaikkan berat badan sebanyak satu kilogram.
Oleh itu, kalori yang diambil pada setiap hari perlu diseimbangkan dengan penggunaan tenaga agar tidak timbul masalah pengumpulan lemak dalam badan.


SALAH satu menu sarapan pagi yang perlu diambil oleh atlet sebelum memulakan sesi latihan.




"Banyak cara boleh kita lakukan untuk membakar kalori. Ia melibatkan aktiviti fizikal harian seperti berjoging, berenang, bermain skuasy, membasuh kereta, berkebun, bermain tenis dan sebagainya.
"Bagi wanita, melakukan kerja-kerja seharian di rumah seperti membasuh kain, mengelap lantai, memvakum permaidani atau turun naik tangga untuk mengemas juga boleh membantu membakar kalori dalam tubuh. Tapi, ia perlu dilakukan secara konsisten," tegas Nor Lizawati lagi.
Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 2.3 bilion orang dewasa akan mengalami lebihan berat badan manakala 200 juta bakal berdepan masalah obesiti menjelang tahun 2015.
Melihat kepada faktor pemakanan generasi kini yang lebih tertumpu pada makanan segera dan tidak mementingkan pengambilan makanan seimbang, ditambah pula dengan budaya hidup seperti leka bermain permainan komputer dan tidak melakukan aktiviti riadah, mampu menjadi sebab kepada peningkatan masalah kesihatan.
Hakikatnya, tepuk dada tanyalah selera. Jika kita berusaha mengawal pengambilan makanan secara seimbang dan menjalankan gaya hidup sihat, perkara itu sudah pasti boleh dielakkan.
Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, begitulah juga dengan kita yang mempunyai kuasa dalam membuat pilihan terbaik demi kehidupan lebih sempurna.

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk SUAMI

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk SUAMI

PERJUMPAAN YANG MANIS - Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK - Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Jangan lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

BERSAHABAT DAN SANTAI - Jangan melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja, sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya.

GURAUAN DAN SELINGAN - Senda gurau menceriakan suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan, selain beriadah di luar bersama.

BANTU DALAM TUGAS - Lakukan apa saja yang anda berupaya dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa yang sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

MUSYAWARAH - Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

BIJAK MERANCANG KEWANGAN KELUARGA - Sebagai suami, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan kitaa.

TEGUR PERBUATAN ISTERI TETAPI MAAFKAN DIRINYA - Setiap insan melakukan kesalahan, justeru, jangan menjadi pendendam. Jangan mengungkit kesalahannya yang kecil, dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

Paper hari ini...apela yg ditumbuk pompuan tuuu??



Ditinju sebelum bersalin

MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.

“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.

“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.

Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.

Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.

“Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental.
“Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Jurucakap HPSF pula memaklumkan bahawa mangsa selamat melahirkan bayinya tidak lama selepas kejadian dan kedua-duanya kini berada dalam keadaan sihat.

Darah tinggi..penyakit seumur hidup???



Darah

HIPERTENSI ataupun darah tinggi merupakan salah satu penyakit utama yang sering dihidapi penduduk negara ini. Walaupun bahaya penyakit ini banyak didedahkan, begitu juga cara-cara untuk mencegahnya namun bilangan penghidapnya tidak menampakkan tanda-tanda penurunan.

Ini kerana ketiadaan simptom ketara yang dapat mengaitkan seseorang dengan penyakit ini.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman menegaskan, punca tekanan darah tinggi membabitkan 95 peratus pesakit masih tidak diketahui.

“Malah, ada individu yang tidak mengetahui mereka menghidap darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedikit pun menunjukkan simptom,” katanya.

Ujarnya lagi, penyakit ini tidak akan hilang. Dalam kebanyakan kes, ia merupakan penyakit seumur hidup.

Akibatnya, penghidap darah tinggi perlu bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat bagi mengawal tekanan darah mereka.

Secara amnya, darah tinggi merujuk pada tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada tahap biasa secara kronik.

Pesakit yang mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90mmHg dalam keadaan rehat berpotensi positif mendapat penyakit tersebut.

“Darah tinggi memang tiada sebarang gejala. Namun, jika tidak dibendung daripada awal, seseorang boleh terkena serangan atau kegagalan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang,” katanya.
Satu daripada dua

Mengikut satu kajian pada tahun 2006, satu daripada tiga rakyat negara ini yang berumur 30 tahun ke atas menghidap darah tinggi.

“Saya berpendapat angka ini telah meningkat dan melebihi 50 peratus rakyat Malaysia menghidapnya.

“Dahulu penghidapnya berusia 30 tahun ke atas, kini ia tidak mengira peringkat umur.

“Mereka yang berada di bawah umur tersebut juga berisiko. Malah kanak-kanak turut terdedah kepada penyakit ini kerana faktor pemakanan dan obesiti,” ujarnya.

Tambah Azhari, ada pesakit hanya mengetahui mereka mempunyai darah tinggi setelah mereka diserang strok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, risiko komplikasi darah tinggi boleh dielakkan jika seseorang berdisiplin dengan mengambil makanan berkhasiat.

“Kawalan diet terutama pengambilan garam selain rejim senaman bagi mengekalkan berat badan ideal juga perlu bagi penghidap darah tinggi,” katanya.

Berbicara mengenai rawatan darah tinggi melalui medium perubatan alternatif, pengamal perubatan alternatif, Nik Omar Nik Daud berkata, penyakit itu memerlukan rawatan secara holistik selain mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang bersumberkan dadah.


FATIMAH ARSHAD

“Dari sudut homeopati, keadaan pesakit darah tinggi termasuk simptom yang mereka alami akan dinilai terlebih dahulu.

“Selepas didiagnosis, mereka akan diberikan ubat-ubatan yang bersumberkan alam semula jadi seperti garam galian,” katanya.

Ujarnya lagi, garam galian berbeza daripada garam yang terdapat dalam makanan yang menjadi punca darah tinggi.

Katanya, garam galian lebih selamat dan bersumberkan sulfur, magnesium dan kapur.

“Ia selamat dan boleh membantu mengurangkan tekanan darah seseorang,” katanya.

Akupuntur

Tambah beliau, kebiasaannya pesakit darah tinggi memerlukan masa selama tiga bulan untuk pulih sepenuhnya. “Namun, mereka juga mesti mengambil makanan yang sihat dan banyak bersenam,” katanya.

Ujar Nik Omar lagi, rawatan akupuntur dan bekam turut membantu memulihkan tekanan darah tinggi.

“Rawatan akupuntur memberi tumpuan pada bahagian kaki dan tangan yang merupakan kawasan berkaitan saluran darah.

“Ini untuk memastikan pengaliran darah sempurna dan stabil selain mengaktifkan sel-sel darah yang terjejas,” katanya.

Bagi rawatan bekam pula, Nik Omar berpendapat amalan itu mempunyai manfaat yang cukup banyak kerana dapat mengeluarkan toksik daripada darah.

“Ia juga dapat membuang darah kotor dalam badan. Jika diamalkan mengikut nasihat pengamal perubatan tradisional terlatih, tekanan darah tinggi boleh menjadi normal semula.

Bagi pakar pemakanan, Dr. Fatimah Arshad menjelaskan, penghidap darah tinggi perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan.

Kurangkan makanan berlemak dan banyak makan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Jangan makan buah betik yang dibuat rojak. Kicap mengandungi garam yang tinggi.

Kurangkan penggunaan belacan untuk masakan, begitu juga ikan dan telur masin. Makanan segera pula harus dielakkan,” katanya.

*Masa ngandung dulu sekali jela ada darah tinggi,lepas tu dah takde dah.Mintak2 takde la lagi lepas ni.tapi orang kate kalau keturunan kiter ade,percen akan jadik kat kite pun ade gak..mmmm.

Nak sangat merokok??? ha!! bace ni...



KETAGIHAN merokok ibarat membunuh diri secara perlahan-lahan.

BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.

Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.

Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.

“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.

“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.

“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.

Kokain

Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.

“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.

“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.

“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.

“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.

Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?

“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.

“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.

MOHAMMED AMEEN


“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.

Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.

Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.

“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.

“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.

“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya. – ASIAN IMAGE

*Huhu...suami aku pun merokok gak. Bukan takat suami, ngan apak apak aku skali.

Monday, November 29, 2010

Pepagi, bukak2 paper jek ada aje kisah yg tak sedap nak dibace. Kurang ajar btol punye suami...
Marah benar suami curang.


SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.

Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.
Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.

Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.

“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya.

Saya sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan ‘adik angkat’ itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.

“Isteri mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu hancur luluh hati saya.

“Malah, anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Kes cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka disahkan bercerai pada 10 November lalu.

Menurutnya, pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.

“Saya akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.

“Bukan saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib sama,” katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11 tahun lalu.

Menurutnya, disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini trauma.

“Kerana tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu,” katanya.

Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.

Katanya, walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada menjadi mangsa belasahan suami.

“Walaupun suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku,” katanya.

Siti berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.

Selain itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya menjaga dua adiknya. “Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan,” katanya.

Beliau yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 012-9433226


Sunday, November 28, 2010

JOm G DINnER....

           .سم الله الرحمن الرحيم
            .....السلام عليکم سموا        

"ROCK 'D' NIGHT"


Tema untuk dinner opis aku malam semalam, bertempat di SACC CONVENTION CENTRE, SHAH ALAM. Fuhh!! Punye le ramai orang. Semuanya ikut tema.Aku rase cam aku jek yang asing skit coz baju simple sesangat,takat pakai seluar jean n baju blaus biase jek. Mekap pun lipstik ngan bedak jek. Ah! lantak situ ar, janji aku sampai jugak. Oleh kerana aku tak berape nak menepati tema malam tu (aku pun bukannye suker sangat pun ), aku tak nak le letak pic aku, cukup le pic kengkawan aku yang ranggi2 semua, hahaha...


cEnDErAhATi...

WaNA....

nAdiA aF....

BlAcK MeNtOr....
.

RaMLi SaRIp...The BeSt..
                                            

                                                                         MaN kiDaL....


                                                                                        
PeNgACaRA maLAm Ni...ShARIfAh ShAhIrAh. MeMAnG bESt DiA nI, tAK kEring GuSi Aku.....

                                                                                  MeNU .....

















                                                 YEaY!!!....kAwAn SemEjA DaPaT hOMe THeAter...TahNIaH InA.    


Friday, November 26, 2010

Yeayy....Nak g bukak jahit. ;-)

                 .بسم الله الرحمن الرحيم
             ..........السلام عليکم سموا        

         Hai kengkawan...aku baru balik dari hospital, check up n bukak jahit sekali. Masa kat kaunter pendaftaran tu sempat la aku tanye bil wad masa aku admit hari tu. Masa discharge tu tak sempat nak tanye coz mase tu hubby yg g settlekan. Dia pon tak tanye langsong. Mentang2 la compony yang cover dia pun wat tak kisah jek. Terkejut jugak bile dgr bil tu jumlahnya RM7,837. Banyak jugak ar..Kalau sendiri bayar dah tentu aku g spital kerajaan jek. Tp servis dia korang tau2 je la kan...
         Ok...doktor bukak jahit,cuci n tampal balik ngan plastik kalis air kat 3 tmpt tebuk tu.Nasib baik tak sakit (maklumlah,baru first time oprate,batu karang dulu pun lazer jek). Lepas seminggu esok boleh cabut sendiri n sapu ubat antibiotik untuk seminggu lagi. Doktor cakap tak payah pantang2 dah. Belasah jek ape yang patut. Tp kalau pegnant lagi kene cepat2 check coz 10% bley jadik balik. yeayyy..dah habis satu masalah.
          Malam ni opis aku ada dinner kat SACC, Shah Alam. Kene pegi ni,hehehe...tp sakit2 hari tu mane le ade mase nak standby baju. Tema plak "ROCK DE NITE". Hahahaha...ntah ape nak pakai ntah. Belasah je ar ape yang ade. k..ape2 nnt aku update..peace.

P/s:- Penghargaan kepada Dr. Liew Fah Onn, dan nurse2 Hospital Assunta Pj coz beri perkhidmatan yang tebaik..Terima kasih.....

DR. LIEW FAH ONN

Bestnye lagu ni...



Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet - Kalau Berpacaran (LIVE)

Best lagu ni,penuh dengan nasihat dan pengajaran..layannnzz

Kene baca ni (ep2)...(mane tau takut jadik kat korang )

                .بسم الله الرحمن الرحيم
        ..............السلام عليکم سموا


       K lah..sambong balik citer aku ..sampai mane yek tadi?? hmmm...ha,sampai aku pun dah tertdo sebab lalok kan?.. pastu,lepas siap nurse kejutkan aku,dia cakap dah siap n tunjuk spesimen yg dah kuar dari perut aku. tu . Tengah2 mamai tu manelah aku nak tengok mende tu.Aku nampak hubby aku pun ada kat situ rupenye,tp dia tak de la masuk mase operate tu.kalau boleh masuk,aku nak suruh dia tgk pengorbanan serang isteri ni.Pastu hubby aku cakap "Da,..tak de rezeki", aku cam paham je ape maksud dia.sambongnye lagi "ngandong luar rahim"..dalam lalok2 tu sempat jugak aku tanye dia,doktor ke yang cakap ngan dia? dia angguk dan cakap ahah.Terus aku tido balik.
Esok paginya bangun dari tido aku terus tgk perut aku. ada 3 tampalan tiga segi (operation laparoskopi). nasib baik tak belah.kalau belah lagik la parah aku nak jage.Time doktor datang check,dia tanye"u tak tau ape2 ker?" aku kata tak taw le. dia kate "mengandung luar rahim,kita terpaksa bawak keluar tiub u (belah kanan)," baru aku tahu rupenye  bukan just buang janin jek tp buang tiub fallopio yg belah kanan aku ni,.maknanye tinggal satu belah kiri jek la.huhu... :-(    Terus aku tanya kalau nak mengandung lagi boleh ke? doktor cakap boleh tp bergantung tiub sebelah kiri je la.mmm..menung jugak la aku masa tu.pastu aku tanye spesimen tu boleh ke bawak balik,doktor cakap "buat ape u nak simpan ,janin pun tak boleh nampak,spesimen tu nak hantar g lab." ..tp nasib baik aku ada ambil pic masa nurse bawak tunjuk kat aku pagi2 tadi,tp tak berape jelas la.tak pe ar..aku kongsi gak ngan korang pic spesimen aku ni yek..
                                                        
                                                           PIC 1....


                                                           PIC 2...

Ntah pic ape la ni kan,tak jelas sgt..kalau korang nak taw ni le tiub fallopio sebelah kanan yang kuar dari perut aku tu..Nasib baik tak boleh bawak balik. Kalau boleh aku buat frame kat umah,hehehe...
Dengan rasminye aku dapat mc sampai hujung bulan 11 ni.,hmmm...mc aku tahun ni baru 3 hari,punyele jage.tapi dah nak sakit kan nak wat camne.
Balik2 umah je terus aku search internet pasal kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).Rupenye baru aku taw kalau pregnant lagi pas ni, ade percen lagik nak jadik balik. Nanti belah kiri plak kene buang dah tak boleh ngandung lagik. Lepas ni aku kene lebih alert lagi lah jawabnye. Mengenangkan anak2 aku yang dah 3 orang aku jadik lebih tabah dan  Alhamdulillah,syukur pada Allah aku masih hidup di muka bumi ni...alamak touching la plak,hehe..So..untuk korang tak kirela pompuan ke laki ke(utk isteri korang le)  kene lebih alert dan jangan tunggu lelama kalau pregnant.g cepat chek n pastikan kandungan tu dalam rahim ke luar rahim.

Search punye search lagi aku terjumpe video ni..ni macam kes aku ar ni.korang tgk le sendiri ek.....


Setelah hampr 2 minggu mc, esok tibe mase untuk checkup. nak bukak jahit kata doktor..so nak tdo dulu ar..k thx coz sudi baca....peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...